Tuesday, November 23, 2010

SALON DAN KIOSK JAMU AKAN DIBUKA DI DE'RUMBIA BISTRO

Salon rambut dan kecantikan Unisex akan dibuka tidak lama lagi di De'Rumbia Bistro. Kerja-kerja renovasi ruang kedai sedang dijalankan dan dijangka siap dalam sehari dua lagi. Insya-Allah sebelum hari perasmian kedai, salon telah berjalan. Perkhidmatan yang akan diberikan di salon mini ini termasuklah gunting rambut dan penggayaan rambut mengikut trend terkini, rawatan rambut, rawatan kecantikan, cuci rambut dan segala yang berkaitan rambut la.... dan mungkin juga akan ditambah dengan perkhidmatan urutan kaki (reflexology).

Kiosk jamu Indonesia juga akan dibuka tidak lama lagi, iaitu sebelum 27 November juga.

Sementara itu, sarapan pagi dan makan tengahari masakan kampong mulai dibuka pada hari ini, 23 November 2010.

No comments:

Post a Comment

selamat berkunjung dan sila beri komen anda