Tuesday, November 23, 2010

SALON DAN KIOSK JAMU AKAN DIBUKA DI DE'RUMBIA BISTRO

Salon rambut dan kecantikan Unisex akan dibuka tidak lama lagi di De'Rumbia Bistro. Kerja-kerja renovasi ruang kedai sedang dijalankan dan dijangka siap dalam sehari dua lagi. Insya-Allah sebelum hari perasmian kedai, salon telah berjalan. Perkhidmatan yang akan diberikan di salon mini ini termasuklah gunting rambut dan penggayaan rambut mengikut trend terkini, rawatan rambut, rawatan kecantikan, cuci rambut dan segala yang berkaitan rambut la.... dan mungkin juga akan ditambah dengan perkhidmatan urutan kaki (reflexology).

Kiosk jamu Indonesia juga akan dibuka tidak lama lagi, iaitu sebelum 27 November juga.

Sementara itu, sarapan pagi dan makan tengahari masakan kampong mulai dibuka pada hari ini, 23 November 2010.

TERIMA KASIH RAHMAN DAN AZIZUL

Selama dua hari berturut-turut restoran aku menerima tetamu yang amat aku nanti-nantikan .... rakan-rakan ex-navy!  Pada petang 20 November 2010, Azizul Rahman bersama isteri dan anak-anak singgah di De'Rumbia Bistro. Mereka merupakan keluarga ex-navy pertama yang singgah....terima kasih Azizul. Aku tak sempat ambil gambar kerana berasa teruja dengan kehadiran mereka. 

Pada 21 November pula, Rahman dan isteri pulak singgah....dia makan mee celup dan ABC....DIA KATA SEDAP...sambil memberi beberapa komen dan cadangan untuk penambahbaikan...terima kasih Rahman...

Sambil tu...Chan Poh Pay telefon....mungkin diapun nak singgah kot....

Apapun...aku harap pada 27 November ni ramai teman-teman ex-navy dapat hadir....kalau ada kelapanganlah.

Monday, November 8, 2010

D'RUMBIA BISTRO MULA BEROPERASI PETANG INI (8 NOV 2010) - SELAMAT DATANG

Setelah selesai membersih dan mengemas serta sedikit ubahsuai, maka mulai petang ini - 8 November 2010 (Isnin), D'Rumbia Bistro akan mula beroperasi.

Buat permulaan menu yang disediakan adalah masakan tomyam dan Western. Menu akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut permintaan.

Dijangka juga dalam minggu ini, nasi campur akan disajikan untuk makan tengahari.

SELAMAT DATANG, AHLAN WA SAHLAN