Thursday, December 9, 2010

PECEL LELE MENU TERBARU DE'RUMBIA BISTRO



PECEL LELE, iaitu makanan yang berasal dari Indonesia dengan bahan utamanya ikan keli, kini menjadi menu terbaru yang disediakan oleh De'Rumbia Bistro.

Dengan harganya RM5.00 anda dapat menikmati hidangan istimewa yang disediakan oleh Jurumasak kami, Lia.

Selamat menjamu selera!

Tuesday, December 7, 2010

MASAKAN ISTIMEWA THAI DI DE'RUMBIA BISTRO


Di De'Rumbia Bistro anda boleh memesan beberapa hidangan masakan Thai yang istimewa seperti:
Khaitong Kha (seakan Tom Yam), Khaeng Keow Wan (green curry), Khaeng Thale, Khengsom (ikan masak asam pedas Thai), Thale Priowan (seafood masam-manis), Siakap Tiga rasa mangga dan lain-lain hidangan yang sudah pasti menyelerakan.

Nak tahu kelazatanya.....silalah datang merasainya sendiri.

NIKMATI MASAKAN WESTERN DI DE'RUMBIA BISTRO


Di samping hidangan masakan ala-Thai, De'Rumbia Bistro turut menyajikan makanan Western yang istimewa.

Jurumasak kami, Eli sentiasa bersiap sedia menyediakan masakan Western seperti Black Pepper Steak, Lamb Chop, Fish n Chip, Chicken Chop, mushroom soap n garlic bread dan sebagainya. Selamat datang dan rasakan sendiri masakan yang disediakan oleh Eli!

KIOSK JAMU BERHAWA DINGIN DI DE'RUMBIA BISTRO




Kiosk Jamu di De'Rumbia Bistro kini telah dibuka. Di sini anda boleh menikmati minuman jamu di bilik yang berhawa dingin.

Jamu yang disediakan adalah Jamu Sihat Wanita, Jamu Sihat Lelaki dan Jamu Selapan Bersalin. 

Selamat datang dan selamat minum jamu agar anda sentiasa bertenaga dan ceria selalu.

Monday, December 6, 2010

MAIMON MUTALIB DAN MAK JAH SINGGAH DI DE'RUMBIA


Pada 26 November 2010 dua orang rakan artis, Maimon Mutalib dan Mak Jah meluangkan masa senggang shooting singgah di De'Rumbia Bistro.

Terima kasih Mon dan Mak Jah kerana sudi singgah di sini walaupun sedang sibuk shooting di Ulu Langat. 

Senang-senang datang la lagi!

Sunday, December 5, 2010

DATUK AZIZ SATAR RASMI DE'RUMBIA BISTRO







Alhamdulillah .... pada 27 November 20120 De'Rumbia bistro telah selamat dirasmikan oleh Artis Veteran terkenal tanah air, Y.Bhg. Datuk Aziz Satar. Majlis turut diserikan dengan kehadiran jemputan kira-kira 100 orang terdiri dari rakan-rakan bekas anggota Perantis TLDM, jiran-jiran dari Menara Seri Cengal Keramat Wangsa dan kaum keluarga.

De'Rumbia Bistro amat berbangga di atas kesudian Datuk Aziz Satar kerana sudi hadir dan seterusnya merasmikan restoran ini. Bukan setakat itu, Datuk Aziz Satar turut mengetuai bacaan doa selamat.

Semoga De'Rumbia Bistro akan terus maju jaya.